Semak Syarat Layak Mohon Bantuan RM10,000  One Off Buat PKS Bermula Esok

Menerusi Pelan Pemulihan Nasional (PPN), kerajaan Sarawak telah melancarkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 berjumlah lebih RM800 juta bagi memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan.

Terbaru, pendaftaran BKSS 7.0 berjumlah RM5,000 (Fasa1) akan mula dibuat pada 7 Oktober 2021.

Permohonan BKSS 7.0 Peniaga / Penjaja

Permohonan adalah tidak diperlukan.

Ianya akan diberi kepada syarikat-syarikat di bawah Perusahaan Kecil dan Sederhana yang aktif menjalankan aktiviti perusahaan dan perniagaan dan berdaftar dengan PERKESO sebelum atau pada 31 Disember 2020.

Syarat Kelayakan

Antara syarat yang ditetapkan untuk PKS adalah perniagaan mSemakan Kelayakanestilah aktif yang berdaftar dengan SOCSO setakat 31 Disember.

Semakan Kelayakan

Pihak Kerajaan Sarawak akan memaklumkan kepada PKS yang layak menerima inisiatif One-Off RM10,000 BKSS 7.0 melalui surat-menyurat kepada alamat berdaftar atau emel rasmi PKS yang telah dikemukakan oleh pihak PERKESO.

Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa agensi kerajaan bagi memastikan kesahihan maklumat penerima.

Cara Pendaftaran

Untuk mendaftar, PKS perlu melayari laman web rasmi Kerajaan Sarawak di https://sarawak.gov.my/ bermula 7 Oktober 2021.

Sila muatnaik borang dan dokumen yang diperlukan seperti dalam surat yang diterima di atas.

Pemohon perlu mendapatkan Sarawak ID bagi melengkapkan permohonan.

Tarikh Bayaran BKSS 7.0

Bayaran bantuan RM10,000 untuk peniaga / perusahaan kecil / penjaja ini akan disalurkan dalam dua peringkat; iaitu:

• Fasa 1: Bayaran sebanyak RM5,000 pada bulan Oktober 2021

• Fasa 2: Baki bayaran sebanyak RM5,000 pada bulan Disember 2021

Bantuan khas kewangan one-off akan didepositkan terus ke akaun rasmi bank syarikat berdaftar dengan PERKESO

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak bagi inisiatif ini di pautan https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/278/333/

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”