“Tak Habis Fitnah Orang Lain & Promote Kebodohan Sendiri..”- Ustaz Abu Syafiq Promosi Sijil Vaksin Palsu, Netizen Minta Ambil Tindakan

Baru-baru ini tular mengenai kes seorang pendakwah yang dikenali dengan nama Ustaz Abu Syafiq mengupas beberapa isu sensitif berkaitan agama di laman sosialnya yang boleh mengundang salah faham orang ramai.

Terbaru, Abu Syafiq sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen di laman Twitter apabila secara terang terangan mempromosikan sijil vaksin palsu.

Menerusi laman sosial terbabit, seorang pengguna memohon agar pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan ke atas Abu Syafiq gara-gara memuat naik status mempromosikan sijil palsu dan mengatakan ia lebih segar daripada air uji kaji.

Dalam pada itu, netizen juga khuatir gara-gara Abu Syafiq dilihat aktif menggalakkan lagi orang ramai untuk tidak mengambil vaksin sekaligus mendorong golongan antivaksin.

Beberapa tweet pengguna turut meminta pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan keatasnya.

Untuk makluman, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan individu yang menyebarkan berita palsu mengenai vaksinasi Covid-19 akan segera diambil tindakan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”