“Bersikap Ego & Bongkak Semata-Mata Tak Nak Vaksin” – Tiz Zaqyah Selar Motif ‘Perjuangan’ Golongan Antivaksin

Walaupun negara belum memutuskan untuk beralih ke fasa endemik, namun pelbagai kelonggaran telahpun diberikan kepada rakyat termasuklah aktiviti merentas negeri dan pembukaan sektor pelancongan.

Namun, masih terdapat segelintir rakyat yang kononnya tidak mahu mengambil vaksin atas sebab-sebab tertentu malah, ada yang lebih parah apabila golongan antivaksin ini secara ‘tidak malu’ memanfaatkan kelonggaran yang diberikan kerajaan termasuklah dine-in dan sebagainya.

Melihat kepada situasi ini, pelakon popular, Tiz Zaqyah, 33, tampil menyelar tindakan dan perjuangan golongan antivaksin yang dilihat sanggup bergaduh, bersikap ego dan bongkak ketika bercakap semata-mata mempertahankan pendirian mereka.

“Ambillah vaksin tu. Manusia manusia, pasal kebaikan pun nak gaduh. Ego dan bongkak.

“Semua orang dah vaksin, mu saja belum. Mu lawan lawan lawan, sedangkan kami semua nak menang bersama. Ya, termasuk kawan-kawan saya tak nak vaksin. Kenapa sampai macam ni? Apa yang kau lawan sebenar­nya?” tulisnya.

Menerusi ciapan di Twitter miliknya, Tiz sedar dengan pilihan masing-masing namun ada diantara rakan selebriti yang mengambil tindakan sama dengan merahsiakan status kesihatan mereka terutamnya ketika dijangkiti Covid-19.

“Rupa-rupanya ramai selebriti pernah kena Covid-19 tetapi sorok. Mengapa?

“Anda sepatutnya mendidik dan menyebarkan kesedaran. Tentang Covid-19 nak malu, tetapi kau punya kontroversi bodoh bangga pula,” katanya.

 

Tidak habis disitu, Tiz mempertahankan dirinya dengan menyatakan dia rimas dengan situasi berkenaan kerana pernah melalui pengalaman positif Covid-19 walaupun lengkap dua dos suntikan vaksin.

 

Salma Syahbuddin