Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Pergolakan rumah tangga aktres jelita, Siti Saleha menjadi persoalan ramai apabila pelakon itu didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes perceraiannya.

Menurut laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di hadapan hakim syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi.

Prosiding tersebut turut dihadiri oleh suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

Terbaharu, menerusi laporan Harian Metro, adik kepada penyanyi Sam Bunkface ini mengesahkan perkara terbabit namun enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Untuk info, Siti Saleha  mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi yang merupakan seorang ahli perniagaan pada 28 Julai 2017. Pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata selepas empat tahun berkahwin.

Sumber: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”