Kebangaan Malaysia!
Dr. Yusuf Johari menjadi kebanggaan Malaysia apabila menjadi salah seorang penyelidik daripada pasukan jurutera di University of Sheffield, yang telah menghasilkan komponen virus SARS-Cov-2 untuk ujian antibodi COVID-19.
Beliau yang merupakan saintis daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Biologi United Kingdom (UK) berkata, bahagian komponen iaitu glikoprotein ‘spike’ yang menonjol daripada permukaan virus telah digunakan untuk membuat kit ujian antibodi COVID-19.
Ujian antibodi berasaskan ‘spike’ ini adalah lebih teguh dan boleh dipercayai kerana ia akan membantu mendedahkan skala sebenar pandemik itu dalam populasi, ketetapan atau tahap imuniti dan sama ada vaksin digunakan berkesan.
“Nasihat saya kepada jurutera dan saintis generasi akan datang; pendidikan tinggi awal lebih kepada melatih cara anda berfikir dan bekerja, oleh itu belajar semua subjek kursus anda bersungguh-sungguh walaupun ia mungkin tidak berkaitan. Anda mungkin menyasarkan yang terbaik, tetapi lebih penting adalah fokus kepada usaha diperlukan untuk mencapainya,” katanya.
Terima kasih Dr. Yusof!
Sumber: Harian Metro
Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄
Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.
Hurmmm, apa pendapat korang? Maafkan ke tidak...
Memang ramai betul CCTV Sarah Yasmine ek😅
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.