Categories: Trending Hari Ini

[TERKINI] Aktiviti Perkhemahan & Mendaki Hutan Dibenarkan

Terkini!

Aktiviti perkhemahan, daki hutan dan meredah hutan telah dibenarkan bermula 15 Jun ini.

Hanya Balik Hari Sahaja

Walau bagaimanapun, aktiviti tersebut hanya boleh dikakukan balik hari sahaja dan dilakukan bersama kumpulan tidak melebihi 20 orang.

Menurut Pengarah Forest-Eco Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Yuissainy Mohd Yusop, aktiviti air seperti mandi di kolam, kolam takungan dan kolam air terjun juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini.

Malah, aktiviti sukan lasak seperti motorcrossATV, mountain bikerock climbing, paragliding serta aktiviti tali seperti abseiling dan wall climbing juga dilarang sama sekali.

Sumber: Bernama

Syafiqa Irdina