Tiada Lagi Saman Kesalahan Tidak Pakai Pelitup Muka Adalah PALSU

Selepas tular di media sosial berkenaan laporan tiada lagi saman akan dikeluarkan sekiranya masyarakat tidak memakai pelitup muka adalah palsu.

Menurut Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi hantaran di laman sosial miliknya memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) bagi Fasa Peralihan Endemik Covid-19 pada 1 April lalu masih berkuatkuasa.

Justeru itu, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan terutamanya ketika berada di tempat awam.

Tegasnya lagi, pihak polis akan mengambil tindakan termasuklah kompaun jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP  di bawah peruntukan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit  1988 (Akta 342).

Oleh itu, PDRM meminta agar orang ramai sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

 

Salma Syahbuddin