Treler Baharu The Batman Tonjol Sisi Gelap Robert Pattinson

Produksi Warner Bros telah melancarkan treler terbaru filem superhero, The Batman yang dibintangi oleh Robert Pattinson sebagai pelakon utama filem itu.

Treler yang dilancarkan di DC Fandome itu mendapat pelbagai reaksi dari peminat DC Comics.

Bagi mereka, watak Batman yang dipegang oleh Pattinson kali ini menampilkan sisi gelap adiwira itu.

Treler terbaru yang dimuat naik di Twitter juga menampilkan beberapa watak ikonik seperti The Penguin (Colin Farrel) dan Catwoman yang dilakonkan oleh Zoë Kravitz.

Pembikinan filem ini sudah dijalankan pada awal tahun lepas tapi terpaksa dihentikan kerana penularan wabak Covid-19.

“The Batman” akan mula ditayangkan di pawagam pada 4 Mac 2022.

 

Sumber: Astro Awani

Sumber Foto: Refinery29

Marcella