“Salah, Saya Guna 4 Jin Jenis Vaksin”- KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerima pelbagai reaksi daripada golongan antivaksin susulan kenyataan beliau yang menegaskan kerajaan akan menyusahkan kehidupan golongan antivaksin.

Menerusi sosial media, golongan antivaksin dilihat melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang tidak bersas kepada beliau termasuk mengaitkan menteri itu dengan membela empat ekor jin untuk melindungi dirinya.

Empat ekor jin yang dimaksudkan adalah gelang hitam yang dipakai oleh Khairy Jamaluddin pada tangan kiri.

Tidak terkesan dengan fitnah tersebut, Khairy Jamaludin tenang menjawab dakwaan tersebut menerusi Instastory miliknya.

“Salah, Saya guna 4 jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia, Sinovac, Pfizer dan Astra Zaneca” tulisnya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan telah memberi peringatan untuk tidak tidakmemudahkan kehidupan golongan antivaksin sekiranya mereka masih berdegil untuk tidak mengambil vaksin tanpa sebab.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”