Masjidil Haram Umumkan Tiada Penjarakan Fizikal

Sejak tercetusnya COVID-19,
Masjidil Haram dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti penuh dengan jemaah menunaikan solat tanpa dibatasi penjarakan fizikal buat pertama kali.

Difahamkan, kumpulan pekerja menanggalkan penanda di lantai sebagai panduan untuk orang ramai melakukan penjarakan fizikal sebelum ini di dalam dan sekitar Masjidil Haram.

“Perkara ini selari dengan keputusan untuk melonggarkan langkah berjaga-jaga dan membenarkan jemaah dan pelawat berada di Masjidil Haram dalam kapasiti penuh,” lapor agensi berita rasmi Arab Saudi (SPA).

Foto dan gambar ketika solat Subuh pagi tadi menunjukkan umat Islam menunaikan solat tanpa penjarakan fizikal dengan saf dirapatkan semula.

Dalam pada itu, pelawat mstilah lengkap vaksinasi dan wajib memakai pelitup muka di kawasan sekitar Masjidil Haram.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”