Tular Jemaah Umrah Meninggal Dunia Dipintu Pesawat, PU Amin Sifatkan – ” Ia Pemergian Yang Dicemburui”

Jemaah umrah wanita yang baru pulang dari Makkah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba pada jam 1.10 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, laporan juga sudah dibuat di pejabat Imigresen dan Balai Polis KLIA.

“Kejadian berlaku di laluan Gate 12 KLIA untuk pesawat MH8021.

“Pemeriksaan fizikal tiada kesan yang mencurigakan dan berdasarkan maklumat, mangsa yang berusia 53 tahun menghidap penyakit darah tinggi,” katanya.

Terdahulu, kisah mengenai jemaah umrah wanita menghembuskan nafas terakhir sejurus keluar dari pintu pesawat tular malah, turut mendapat respon dari PU Amin yang menyifatkan pemergian ini sebagai pemergian yang dicemburui

 

Salma Syahbuddin