[VIDEO] “Bestnya.. Suami Saya Bawa Balik Pisang Goreng” – Netizen Puji PU Riz Balik Solat Jumaat Beri Hadiah Gelang, Neelofa Terhibur Baca Komen…

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi satu video mengenai pemberian seutas gelang jenama mewah daripada suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz tatkala baru saja pulang dari solat Jumaat.

Video tersebut dimuat naik menerusi akaun TikTok rasmi milik Neelofa telah meraih perhatian ramai yang tumpang teruja melihat ikatan cinta yang yang terjalin antara pasangan sejoli itu.

“Kisah hari ini, suami balik dari solat Jumaat bawa balik hadiah. Terkejut, terharu, happy, syukur dan semua perasaan yang baik-baik Alhamdulillah,” ujar Neelofa.

@neelofaMoga Allah sentiasa bagi berkat dalam limpahan rezeki suamiku & mudahkan setiap kerja yang dilakukannya 🤲🏼

♬ Takdir Cinta – Lesti & Rizky BIllar

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri dengan komen-komen para isteri yang lain di mana mereka menceritakan pengalaman mereka apabila suami pulang dari solat Jumaat.

Neelofa yang rajin membalas komen-komen mereka dilihat terhibur dengan gelagat para suami di luar sana.

Aqilah Paharuzi