[VIDEO] Buat Hal! Norreen Iman Muntah Ketika Live Di TikTok, Teruja Dapat ‘Diamond’

Pempengaruh media sosial dan pelakon, Norreen Iman mencuit hati ramai warganet dengan telatahnya ketika sedang live di TikTok gara-gara mendapat ‘gift’ daripada pengasas kosmetik, Anas Zahrin.

Umum mengetahui sikap Norreen yang selamba dan sering membuatkan warganet di media sosial tidak kering gusi.

Menerusi video berdurasi 1 minit 48 saat itu, Norreen kelihatan teruja sehingga terkesima kerana mendapat ‘gift’ yang bernilai ribuan ringgit ketika sesi live yang ditonton oleh seramai 11,000 penonton semalam.

Apa yang menarik perhatian ramai, reaksi muka Norreen yang spontan sehingga termuntah di hadapan kamera tanpa disengajakan. Namun, selepas kejadian tersebut Norreen dengan tenangnya memohon maaf kepada penonton dan berseloroh bahawa dia termuntah akibat pakaian dalamnya yang ketat.

“Maafkan saya ye, tadi tu dia… itulah kita bila perempuan ni pakai bra bila dah sendat ni dia jadi macam tu lah, minta maaf.

“Terima kasih Encik Anas awak bagi saya diamond sampai termuntah saya,” katanya.

@norreen143_Terima kasih Encik Anas buat saya sampai termuntah 😂♬ original sound – Norreen143

Menjengah ke ruangan komen, warganet dan juga beberapa orang rakan artis meninggalkan komen di video perkongsian tersebut. Rata-rata ramai mengakui terhibur dengan kejadian tersebut.

Atiqah Johari