Waktu Operasi Premis Makanan Kekal 6 Pagi Hingga 10 Malam

Waktu operasi premis makanan bagi fasa satu dan dua kekal bermula 6 pagi sehingga 10 malam seperti diumumkan sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, hanya premis makanan di semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) termasuk di mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur sahaja yang beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.

“Selain itu, kerajaan membenarkan penduduk di kawasan PKPD keluar bagi tujuan mendapatkan suntikan vaksin.

Namun, bagi mereka yang ingin pulang ke kampung untuk membawa ahli keluarga bagi mendapatkan suntikan vaksin sama ada di luar daerah atau negeri dibenarkan dengan menunjukkan janji temu MySejahtera dan mendapatkan kebenaran daripada polis.

“Bagi tujuan pergerakan mendapatkan vaksin, maksimum tiga orang dibenarkan termasuk pemandu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

sumber: harian metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”