Events By: Salma Syahbuddin December 9, 2022 @ 5:15pm

Wira Gusti Bertengkolok Malaysia, Ayez Shaukat Bakal Menentang Bekas WWE Superstar Pada 10 Disember Ini!

Ahli gusti profesional dan pengasas industri gusti di Malaysia, Ayez Shaukat Fonseka, 34, mengaku sedikit gementar apabila bakal berdepan lawannya yang juga terkenal dalam gelanggan World Wrestling Entertainment (WWE) iaitu, Tajiri atau lebih dikenali dengan gelaran  “Japanese Buzzsaw” dan Cruiserweights  pada hari pertama perlawanan.

Menurut Shaukat, sebagai seorang ahli gusti profesional yang dibesarkan dan dilahirkan di Malaysia, dia yakin dengan kebolehan yang dimiliki memandangkan ini bukanlah kali pertama dia bertemu dan berlawan dengan ahli gusti yang hebat.

Bahkan, dengan pelbagai latihan yang dilakukan di luar negara menjadikan dia lebih yakin untuk mengalahkan pihak lawan esok.

“Sebagai seorang ahli gusti pro, matlamat utama dia adalah main dengan emosi penonton bagi mereka rasa seronok, sedih dan takut. Jadi saya takut bila ke gelanggang nanti saya tak dapat nak keluarkan emosi penonton. Itu yang saya takut.

“So, kalau perasaan tu tak ada itu adalah ‘fear’ seorang wrestler. Rasa gementar tu memang ada tapi saya yakin dengan kebolehan saya sebab saya dah train dekat luar negara dan Insya-Allah boleh!,” katanya.

Shaukat ditemui ketika sidang media Asia Pasific Wrestling (APAC) yang diadakan di Park Royal Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sementara itu, Shaukat juga pernah tular apabila membuat kemunculan di Rancangan Televisyen gusti pro Amerika Syarikat, “Reality of Wrestling” dengan memakai tengkolok dan songket.

Malah, dia juga sudah terlibat dan mempromosikan gusti profesional ini sejak 9 tahun lalu.

“Terdapat ramai peminat Pro Wrestling dan WWE di Malaysia, dan saya sedar menontonnya secara langsung dalam aksi di depan mata adalah pengalaman yang berbeza  berbanding menonton di TV atau di YouTube, dan Gusti APAC ingin memberikan pengalaman ini kepada peminat yang tidak dapat menyaksikan acara gusti secara langsung seperti mereka yang berada di Jepun atau di Amerika Syarikat”, jelasnya.

Program yang mendapat sokongan pihak Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia bersama APAC Wrestling RISE (Freedom Fighters) yang dianjurkan bersama Taro Pictures dan Noahx ini turut hadiri barisan ahlu gusti profesional iaitu, Srikandi Nor, Phoenix Diana, Joshi Idol Maki Itoh, Steph De Lander dan Yuki Kamifuku.

Untuk keterangan lanjut dan info menarik mengenai APAC, peminat boleh layari laman Facebook rasmi mereka di klik di sini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022

Tak Kisah Jawatan Perdana Menteri Lambat Diumumkan, Aeril Zafrel Harap Keputusan Capai Kata Sepakat

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bersabar menanti pengumuman bakal Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Menurut Aeril, lebih baik keputusan yang akan dibuat mengambil lebih masa bagi mendapatkan kata sepakat semua pihak dalam menentukan keputusan yang […]

Featured Fri, 11 Nov 2022
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Uji Rashid Baru Kenal Siapa ‘Makcik Bawang’!

Pelantun lagu ‘Semakin Hari Semakin Rindu’ ini memohon netizen termasuk jiran tetangga memberikannya sedikit ruang privasi.

Featured Wed, 10 Aug 2022

[VIDEO] Alif Hadi & Yasmin Hani Rancang Nikah Hujung Tahun Ini – “Kalau Boleh Nak Cepatkan”

Alahai comellll je pasangan ni! Masing masing so lovey dovey gituuuu

Trending Tue, 16 Oct 2018

Nike签下首位脑麻运动员!他泪崩「能限制你的只有你的思想」

运动品牌Nike近期宣布,签下品牌旗下第一位残障马拉松选手;当事人得知后一度跪地痛哭,他说道「谢谢大家相信,这个世界上没有身障人士做不到的事情。」

Hiburan Sun, 24 Mar 2019
Featured Fri, 4 Feb 2022

Vaksin Untuk Kanak-Kanak Bukan Untuk ‘Uji Kaji’- Pakar

Pengambilan vaksin adalah perlu bagi memutusian penukaran Covid19

Featured Thu, 4 Aug 2022
Featured Sat, 8 Jan 2022