“Ya Allah, Sakit Hati” – Anzalna Nasir Bengang Baca Berita Bayi Dicucuh Rokok, Ditumbuk & Ditekap Seterika

Pelakon Anzalna Nasir bengang dengan tindakan manusia yang sanggup bertindak kejam terhadap bayi apatah lagi bayi tersebut baru sahaja berusia setahun empat bulan.

Perkara itu dikongsi Anzalna, 33, menerusi hantaran di Instagram Story miliknya selepas membaca berita tersebut.

“Sejujurnya sejak ada anak bila baca news macam ni buat saya terlebih emo. Ya Allah, sakit hati baca,” tulisnya.

Terkesan dengan berita tersebut, Anzalna berharap pasangan suami isteri itu dijatuhi hukuman berat atas kesalahan yang dilakukan terhadap anak kandung mereka sendiri.

“Tolonglah, hukum gantung terus orang macam ni. Tak perlu bagi peluang untuk hidup!” tulisnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang bayi berusia setahun empat bulan terpaksa menahan kesakitan apabila tapak kaki sebelah kirinya dicucuh puntung rokok dan mata ditumbuk sehingga meninggalkan kesan lebam.

Selain itu,  terdapat juga kesan seterika di belakang badan mangsa dipercayai didera oleh ibu bapa kandungnya di  Felda Jalor Air Kuning Selatan, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab memaklumkan,  pihaknya kini telah menahan ibu bapa bayi terbabit di sebuah klinik kesihatan selepas menerima laporan daripada seorang doktor yang merawat mangsa, pada 25 Ogos lalu.

Salma Syahbuddin