Categories: Trending

Ular Pun Pandai ‘Check In’ Tau…Tak Percaya, Tengok Ni!

Gara-gara seekor ular ‘sesat’, ruang menunggu Lapangan Terbang Daniel Z. Romualdez, Filipina bertukar kecoh. 

Beberapa penumpang yang terkejut lari bertempiaran akibat terkejut melihat seekor ular bergerak di ruang berlepas utama terminal lapangan terbang itu.

Situasi menjadi sedikit terkawal apabila anggota kakitangan keselamatan lapangan terbang tersebut menggunakan sebatang besi panjang untuk menangkap ular itu sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik.

Ular itu kemudiannya dilepaskan di kawasan semak berdekatan lapangan terbang.

Hebat juga ular ini sampai berjaya melepasi pemeriksaan pasport dan kawalan keselamatan kan?

Bagaimana pun ular yang biasa di temui di bahagian Asia Timur dan tidak berbahaya kepada manusia serta hanya memakan rodensia dan burung.

 

SGMS Faida