Categories: Trending

Ustaz Hassan Din Meninggal Dunia, Al-Fatihah…

Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.30 pagi ini. 

Allahyarham yang berusia 73 tahun dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri ketika hendak bangun menunaikan solat Subuh.

Perkara ini disahkan oleh anak Allahyarham, Mohamad Yusri kepada media. 

Katanya, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda dan dijangka dikebumikan di perkuburan berdekatan sebelum Zohor.

Sebelum itu antara yang terawal memaklumkan berita sedih itu adalah menerusi hantaran dalam laman Facebook oleh pemilik akaun Ustaz Nabil Ahmad.

” Dato Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Nabil turut  memaklumkan Allahyarham dikejarkan ke hospital pagi ini selepas rebah dan tidak sedarkan diri setelah solat subuh.

SGMS Faida