Pengguna Facebook telah memuat naik video menjumpai sebuah kereta model Alza dengan dua orang kanak-kanak didalamnya yang masing-masing tidak berbaju. Individu tersebut mendakwa kanak-kanak tersebut telah ditinggalkan orang tuanya di kawasan perindustrian di Lembah Klang.
Status itu telah menimbulkan kemarahan netizen yang rata-rata mengecam tindakan ibu bapa kanak-kanak itu kerana sanggup meninggalkan anak mereka di tengah jalan raya. Video menunjukkan seorang daripada kanak-kanak terbabit dipercayai abang kepada adiknya sedang menyuapkan nasi mungkin lapar ditinggalkan terlalu lama.
Sedih menyaksikan video tersebut, satu lagi status dimuat naik baru-baru ini oleh individu yang lain mendakwa kenyataan yang dikeluarkan pada awalnya adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya, kanak-kanak tersebut bukanlah ditinggalkan begitu sahaja tetapi kereta tersebut terbiar di jalan kerana kehabisan minyak.
Bapa kanak-kanak terbabit dipercayai mencari stesen minyak terdekat pada awal 7 pagi tadi ketika hujan lebat. Menurut status yang dimuat naik, bapa kepada 2 kanak-kanak itu berjalan kaki dalam hujan lebat dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya khuatir cuaca akan memburukkan lagi keadaan.
Akibat terlalu lama berada didalam kereta menjadi punca kanak-kanak itu menanggalkan pakaian dan membuka pintu kereta kerana panas.
Jadi, kesimpulannya janganlah kita membuat andaian yang menyimpang sebelum mengetahui kenyataan yang sebenar.
Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlaku🤧
Alamak, tiber nama Nora Danish pula yang dipetik ekkk
Kali ni adik pulak muncul back up kakak. Tapi yang paling min fokus lagu background…
Min doa Irma Hasmie terus tabah 🥹🥹