[VIDEO] Perbetul Fakta Abby Abadi, Umisya Perjelas Hubungan Dengan Marissa Masih Renggang – “Tak Okay, Ada Sempadan Disebalik Sempadan…”

Madu pempengaruh, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan tampil menjelaskan kenyataan pelakon, Abby Abadi yang bercanggah berhubung perkenalan antara Aslam dan anaknya itu.

Dalam sesi siaran langsung tular di platform TikTok, ada netizen bertanya sama ada kenyataan Abby berkata mereka bertiga saling mengenali di sebuah sekolah Agama.

Jelas Umisya atau lebih mesra disapa Misya, dia berkata adik Aslam satu sekolah bersama Marissa, bukan Aslam.

“Saya kenal dengan Aslam ambil SPM satu sekolah belajar dengan dia.

“Yang satu sekolah agama tu adalah adik Aslam dengan Marissa… Marissa dengan Aslam bukan satu sekolah..

“Ada beberapa perkara yang tak betullah tu.. Macam mana diorang kenal, tanya Marissa,” katanya menjawab soalan netizen.

Sementara itu, Misya dalam video berkenaan juga mengakui hubungan mereka masih renggang.

“Kami tak okay lagi, cuma ada sempadan disebalik sempadan macam tu..,” katanya.

Sebelum ini, Abby berkata suami anaknya itu, Aslam bekerja sebagai pemandu E-hailing, susulan itu tular akaun TikTok nama jejaka tersebut yang mengakui bekerja sebagai Grab.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan lelaki yang dikenali dengan nama Ahmad Aslam.

Perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Ya, Saya Bawa Grab Je” – Muncul Akaun TikTok Nama Aslam, Suami Marissa Mengaku Kerja Pemandu E-Hailing?

Artikel Berkaitan: “Baik Diam Je Dari Tambah Dosa” – Dilabel Tak Sedar Diri, Abby Abadi Mohon Individu ‘Bitter’ Unfollow IG

Artikel Berkaitan: “Aslam Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes Sara Keluarga” – Abby Abadi Harap Anak Diberi Peluang Hidup Bahagia Bersama Suami & Madu

Aqilah Paharuzi