Categories: FeaturedTrending

(VIDEO) Serena Williams Sampaikan Mesej Penuh Inspirasi Kepada Wanita Dalam Iklan Terbaru Nike

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia!

Pada hari yang istimewa ini, wanita di luar sana seharusnya merasa bangga dengan pencapaian mereka. Baik dalam bidang pekerjaan mahupun kehidupan peribadi. 

Malangnya, masih ada segilintir wanita yang kurang percaya kepada keupayaan sendiri, lebih-lebih lagi apabila masyarakat sekarang terlalu gemar mengkritik dan menghukum seseorang. 

Kalau anda tergolong dalam wanita-wanita yang perlukan kata-kata semangat, pemain tenis wanita nombor satu dunia, Serena Williams, ada mesej peribadi yang boleh memberikan anda lebih bersemangat! 

www.instagram.com/serenawilliams

Menerusi iklan terbaru jenama sukan Nike yang dilancarkan khas untuk Hari Wanita Sedunia, video tersebut memaparkan aksi Serena bertumpus lumus mengejar kejayaan di gelanggang.

Video yang ditayangkan buat pertama kali di majlis Oscars Ahad lalu itu cukup simple namun sarat dengan mesej yang sangat menusuk jiwa. 

“Saya tak pernah dianggap sebagai perempuan yang ‘betul’,” kata Serena dalam iklan ini.

“‘Badan saya terlalu besar dan saya terlalu yakin’; ‘saya nampak terlalu kasar bila saya tak senyum’; ‘kulit saya nampak terlalu gelap apabila saya memakai baju tenis putih’; ‘saya terlalu bersemangat untuk menjadi seorang ibu’.

“Walau bagaimanapun, saya sudah buktikan berkali-kali… yang sebenarnya tak ada cara yang salah untuk menjadi seorang wanita.” 

Contohilah Serena yang tak kisah pun apa orang cakap tentang dirinya. Yang penting, anda mesti yakin dan selesa dengan diri sendiri.

Anda sendiri yang kena tentukan apa definisi “wanita” dalam kamus hidup anda.

Ad Ops