Categories: Gaya Hidup

Spice Up Your Life Di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery. Lontong Kering Paru Memang Terangkat!

Kalau anda ingin merasai keenakan hidangan fusion Palestin-Malaysia pada harga yang sangat berpatutan, Spiced Pumpkin Cafe & Bakery adalah jawapan yang tepat!

Menariknya, kafe yang terletak di Kompleks KPPMS, Seksyen 3 Shah Alam ini turut menawarkan pelbagai seleksi pemanis mulut yang tidak menghampakan.

Chicken Maqlubah (RM 15)

Hidangan nasi Arab yang lain daripada lain. Resepi sos dan salad diubah suai bagi menepati citarasa orang Malaysia. Memang upside down (Maqlubah) dibuatnya!

Lontong Kering Dendeng Paru (RM 7.90)

Hidangan popular Johor ini diimprovisasi menjadi satu hidangan yang unik. Nasi impit dinikmati bersama kuah kacang serta serunding kelapa, sambal tumis, bawang goreng dan telur rebus menjadikan ia satu menu yang sempoi. Seleksi Dendeng Paru, Serunding Ayam atau Rendang Daging melengkapkan lagi hidangan anda.

Pumpkin Soup (RM 15)

Kombinasi asli labu, susu, heavy creamy dan rempah ratus yang kuat ini cukup mengenyangkan. Dihidang pula unik dalam mangkuk roti French Village, membangkitkan lagi selera anda.

Kunafa (RM 8.90)

Lapisan shredded pastry yang kaya dengan mozzarella cheese dan krim, dilimpah mesra dengan sirap orange blossom menjadikan hidangan yang berasal dari Nablus, Palestin ini sebagai King of Dessert. Enak dimakan panas kerana jika sejuk, akan cepat berasa muak.

Swagger Tea (RM5.70)

Let’s get swag dengan minuman yang kaya vitamin dan antioxidant ini. Rose buds, Hawthorns dan Chamomile yang direndam bersama teh dan madu ini memberi kesegaran yang tidak terkata.

Apa tunggu lagi, jom serbu Spiced Pumpkin Cafe & Bakery cepat!

Ad Ops