Categories: Trending

[VIRAL] Anak Terengganu Ini Dominasi Tangga No.1 Dunia Dalam Acara Keirin

Digelar sebagai The Pocket Rocketman, ikon berbasikal negara, Azizulhasni Awang kini sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila mendominasi tangga pertama dunia bagi acara keirin.

Keputusan ini telah dikeluarkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dimana, Azizulhasni Awang mengumpul mata sebanyak 2,560 sekaligus meninggalkan pesaing terdekat beliau dari Jepun aitu, Yudai Nittadi tangga kedua dengan pungutan mata 2,551  mata. 

Manakala, tangga ketiga dimiliki oleh pelumba France, Sebastien Vigier dengan pecahan mata 212.5 dibelakang pelumba negara.

Sumber : Instagram @azizulhasniawang

Kemenangan kali ketiga berturut-turut

Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ketiga  buat The Pocket Rocketman negara bergelar juara nombor satu dunia dalam acara keirin selepas meraih gelaran itu pada tahun 2010 dan 2016.

“Saya gembira kerana menerima pengiktirafan ini dan ia adalah hasil kerja keras saya dalam latihan dan pertandingan” 

“saya akan cuba mengekalkan kedudukan ini dan sentiasa memberikan yang terbaik.”-Azizulhasni Awang

 

Terdahulu, seorang lagi pelumba negara bagi acara trek iaitu, Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin pula berada di tangga ke 66 dengan pungutan mata sebanyak 650 mata.
Appaun, sebagai rakyat Malaysia mari kita teruskan memberi semangat buat The Pocket Rocketman negara dalam Sukan Olimpik 2020 yang akan berlangsung di Tokyo nanti.
Salma Syahbuddin