Categories: Trending

[VIRAL] Selepas Lockdown, 2 Bayi Ini Pula Diberi Nama Corona Kumar Dan Corona Kumari!

Bunyinya memang kelakar, tapi ini memang kenyataan!

Tular di laman media sosial apabila dua bayi yang dilahirkan ketika musim COVID-19 ini dinamakan “Corona Kumar” dan “Corona Kumari”.

Perkara tersebut berlaku di perkampungan daerah Tallapalli, India apabila kedua-dua bayi milik dua ibu iaitu Sasikala dan Ramadevi itu dilahirkan pada tarikh yang sama.

https://twitter.com/CoreenaSuares2/status/1247434749032841216

 

Cadangan Nama Oleh Doktor

Menurut laporan New Indian Express semalam, nama bayi lelaki “Corona Kumar” dan bayi perempuan iaitu “Corona Kumari” itu dicadangkan sendiri oleh seorang doktor yang bertugas.

Terdahulu, sebuah pasangan di Sheopur, Madhya Oradesh, tengah India telah menamakan anak mereka ‘Lockdown’ yang sejajar dengan perintah berkurung yang dilaksanakan pemerintah India sekarang.

Nampaknya, penularan wabak koronavirus ini menjadikan seseorang untuk berfikir secara kreatif, termasuk dalam menamakan anak mereka!

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

Kredit: New Indian Express, Twitter

Baca Juga: Alami Simptom Batuk Dan Kurang Selera Makan, Harimau Malaya Bernama ‘Nadia’ Ini Positif COVID-19

Baca Juga: “Saya Anggap Ini Ujian Allah” – PU Rizz Redha Positif COVID-19

Syafiqa Irdina