Categories: Trending

Virus Corona ‘Serang’ Dunia, Andy Lau Batal Konsert!

Peminat selebriti terkenal, Andy Lau terpaksa bersabar disebabkan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 28 Februari terpaksa dibatalkan.

Ini sebagai langkah mencegah penonton daripada dijangkiti virus Corona yang kini sedang aktif di seluruh China.

Bukan hanya konsert terpaksa dibatalkan malah banyak tempat pelancongan termasuklah panggung wayang di China terpaksa ditutup. 

Memetik laporan Variety, taman tema Disneyland Hong Kong dan Ocean Park juga mula ditutup hari ini (26 Januari 2020).

Menurut penganjur, mereka memohon maaf kepada semua pembeli tiket yang teruja untuk datang menyaksikan Andy Lau. 

“Lebih 100,000 tiket sudah dijual. Kami mohon maaf atas isu ini,” kata promoter. 

Andy Lau dijadualkan mengadakan konsert di Hong Kong Coliseum bulan depan. 

SGMS Faida