Categories: Trending

Wah! Ikea Singapura Perkenal Crispy Rendang Chicken. Macam Sedap Je

Seperti yang tular di laman sosial pada dua minggu yang lalu, ramai netizen di Malaysia khususnya telah kecoh memperkatakan tentang kisah juri Masterchef UK yang memberikan komen rendang ayam tak crispy terhadap pesertanya yang berasal dari Malaysia.

Bagi anda yang penggemar rendang pasti sudah tahu masakan tersebut memang tidak crispy. Itu yang turut diperkatakan bukan sahaja warga Malaysia, tetapi Indonesia, Singapura, Brunei dan penggemar rendang ayam di seluruh dunia!

Rata-rata di antara mereka tidak bersetuju dengan kenyataan juri tersebut terhadap masakan kebanggaan kita. Berikutan dengan penularan isu tersebut, Ikea Singapura telah memperkenalkan hidangan terbaharu mereka iaitu Rendang Chicken Wings. Ia merupakan hidangan ayam goreng crispy yang disaluti dengan kuah rendang. Ini menjadikan crispy rendang chicken menjadi kenyataan! Menarik kan?

Foto: Channelnewasia

Nampak macam sedap kan? Kalau anda nak tahu, hidangan istimewa ini boleh didapati di Ikea Restaurants Singapura bermula 13 April sehingga 30 April 2018. Limited time lah! Agak-agak sedap tak ya? Kalau anda yang berhajat nak rasa hidangan rendang ini bolehlah pergi sambil berholiday di negara tersebut. Mungkin tak lama lagi hidangan ini ada dekat Ikea Malaysia pula, manalah tahu kan?

Sumber: Channelnewasia

tex_admin