Categories: FeaturedTrending

Wajib Tutup Sekolah 2 Hari Jika Ada 1 Kes COVID-19 – KPM

Sekolah yang mempunyai satu kes COVID-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari. Keputusan itu berkuat kuasa pada Rabu.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, pelajar yang terjejas dengan penutupan sekolah berkenaan akan beralih ke pembelajaran dalam talian sehingga kelas fizikal disambung semula.

“Keputusan yang berkuat kuasa Rabu itu akan memberi kuasa kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan notis memaklumkan ibu bapa mengenai penutupan sekolah apabila terdapat kes positif COVID-19,” katanya pada Rabu.

Difahamkan, keputusan penutupan sekolah selama dua hari itu turut bertujuan mengelak penularan kluster COVID-19 di sekolah.

“Ini akan membolehkan sekolah menjalani sanitasi secara menyeluruh sementara ibu bapa, pelajar dan guru dapat meluangkan masa untuk menenangkan diri dan mengelakkan kebimbangan atau ketakutan yang tidak wajar,” ujarnya.

Sumber: Awani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”