Categories: Trending

Wanita Maut Dibaham Harimau Sewaktu Berkerja

Seorang wanita meninggal dunia akibat dibaham oleh seekor harimau ketika sedang mengumpul data tentang serangga di sebuah ladang kelapa sawit dekat Desa Tanjung Simpang, Riau, Indonesia.

Mangsa yang dikenali sebagai Jumiati, 30 , ditemui mati dengan kesan kecederaan  mengerikan pada leher dan kakinya akibat digigit oleh haiwan ganas tersebut.

Ketika kejadian, Jumiati yang juga merupakan pekerja di ladang sawit berkenaan sedang menjalankan kajian lapangan bersama dua lagi rakan sekerjanya sebelum harimau tersebut muncul dan mengejar mereka bertiga.

Menurut laporan yang dipetik dari RiauAktual, dua rakannya terselamat dari dibaham selepas mereka berjaya memanjat pokok kelapa sawit.

Bagaimanapun, haiwan tersebut sempat menangkap kaki Jumiati dan menariknya turun.

“Jumiatik bergelut dengan harimau kira-kira 15 minit. Dia mengalami kecederaan serius di leher dan terbunuh,” kata ketua polis tempatan, Iptu Rafi.

Terdapat beberapa kes serangan harimau sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Indonesia.

Kegiatan penebangan hutan untuk perladangan dikatakan menjadi antara faktor kawasan habitat mamalia terancam itu semakin menyusut.

Sumber- RiauAktual

SGMS Enal