Categories: Trending

Wow! Nenek 97 Tahun Masuk Acara Angkat Berat

Bukan biasa-biasa nenek ni…walaupun dah 97 tahun usianya, dia mampu lagi menyertai acara angkat berat. Cayalah Nenek!

Sejak enam tahun lalu, Edith Traina dari Florida, Amerika Syarikat menyertai beberapa acara ini.

Menariknya, sebagai penghormatan terhadapnya, satu pertandingan angkat berat telah dinamakan menggunakan namanya, ‘Edith Traina Inspiration Open 2018’.

Acara itu diadakan di Fasiliti Latihan Stronglife di sini yang mana ia disertai peserta remaja berumur 13 tahun dan beberapa individu warga emas.

Terdahulu, beliau merupakan seorang bekas guru tarian yang amat meminati sukan. Segalanya bermula sejak beliau berkunjung ke sebuah gimnasium Akademi Bill Beekley di sini bersama rakannya.

Sejak itu, dia mula mengambil bahagian dalam beberapa sukan angkat berat dan berjaya merangkul beberapa pingat emas.

Traina kini memasang impian untuk mengangkat beban seberat 90 kilogram sebelum mencapai usia 100 tahun.

Sumber: Agensi

 

SGMS Faida