Aiman Tino Kini Pengarah Urusan. Ini Buktinya!

Selepas isunya ditampar oleh pelakon senior kerana diminta untuk menjiwai watak, Aiman Tino sekali lagimendapat perhatian apabila mula bergelar Pengarah Urusan pada umur 19 tahun. 

Menyedari usianya yang masih muda, Aiman tidak melihat isu ini sebagai salah satu halangan untuk mengemudi syarikatnya yang diberi nama Manno Resources Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak 19 Disember lalu. Bagi Aiman, belaiu turut dibantu oleh ibu dan bapanya dalam menguruskan syarikatnya itu. 

“Saya tahu usia saya masih muda tetapi itu bukanlah penghalang untuk saya menggalas tanggungjawab tersebut kerana saya sentiasa ada keluarga terutama ibu dan bapa yang sentiasa ada dibelakang saya. Malah semua kaki tangan syarikat hampir 50 orang kesemuanya juga banyak membantu memandangkan ramai diantara mereka berpengalaman dalam bidang perniagaan. Dan, ini adalah permulaan yang baik untuk saya dan saya sudah bersedia untuk membina nama Manno Resources Sdn Bhd ke tahap yang lebih tinggi.” Jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran dua produk pertama syarikatnyaiaitu Jus Manno dan Jus Manno Junior.

Manno Resources merupakan syarikat yang memfokuskan kepada produk kesihatan selain mengeluarkan lebih banyak produk termasuk fesyen, kecantikan aksesori dan sebagainya.                                 

Salma Syahbuddin