Categories: FeaturedTrending

“Ya Allah.. Kesiannya Tengok” – Netizen Sayu Lihat Keadaan Gadis Menderita Serebral Palsi

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Tular di media sosial mengenai kisah seorang gadis berusia 20 tahun yang menderita penyakit serebral palsi  dan epilepsy.

Foto tersebut dikongsi oleh ribuan orang ramai yang turut bersimpati dengan nasib malang menimpa gadis yang dikenali dengan nama Ellysa Haron.

 

 

Penderitaan gadis berkenaan juga turut menyebabkan keluarganya terpaksa bekerja keras untuk menampung keperluan kos kesihatannya seperti perbelanjaan RM 90 untuk membeli susu harian sebanyak 15 tin sebulan.

Gadis malang ini juga turut menderita penyakit tulang belakang iaitu Skoliosis yang memberi kesan kepada masalah kesihatannya.

Kisah malang gadis itu telah menarik perhatian ramai termasuk sebuah tabung berkonsepkan wakaf kesihatan di bawah Amanah Raya Berhad iaitu Tabung Warisan Khas Kesihatan (TWKK) untuk membantu meringankan beban buat mereka.

Difahamkan, TWKK turut memberi khidmat bantuan kepada orang ramai untuk mendapatkan peralatan perubatan wakaf seperti katil pesakit dan kerusi roda secara percuma, namun hanya kos pengangkutan yang dikenakan.

Buat mereka yang ingin memberi sumbangan kepada Ellysa Haron, boleh memberikan sumbangan kepada Tabung Warisan Khas Kesihatan di alamat tertera:

Untuk info lanjut layari Facebook dan Youtube TWKK

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”