Categories: Trending

Tony Eusoff Geram Netizen Anggap Tuala Wanita Memalukan

Pelakon Tony Eusoff tampil menyelar tindakan pengguna media sosial yang menganggap pengagihan tuala wanita atau ‘pad’ sebagai objek yang memalukan. Perkara tersebut dikongsi Tony menerusi muat naik di laman twitter miliknya pada Rabu.

 

 

“Dari kecik sampai besar dah biasa kut dgn lumrah alam berdarah sebulan sekali. Takkan nak pertikaikan design Tuhan? Apa yg nak malunya?”

 

Sebelum ini tular di laman sosial Facebook kononnya terdapat segelintir pihak yang mengkritik penganjuran sebuah program anjuran perwakilan wanita Johor yang kelihatannya mengagihkan tuala wanita kepada orang ramai.

 

 

“Saya sebagai lelaki pun tak ada masalah dengan tuala wanita…”

Menurut Tony, pengguna tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana memperbesar-besarkan perkara tersebut yang dianggap sebagai common sense dan semua orang patut tahu mengenainya.

 

 

Malah, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian Tony Eusoff mengenai isu tersebut dan menganggap mindset segelintir masyarakat kita pada hari ini masih di takuk yang lama.

 

Salma Syahbuddin