Categories: FeaturedTrending

Pengecualian, Diskaun 50 Peratus Dilanjutkan Bagi…

Kerajaan hari ini bersetuju untuk melanjutkan inisiatif pengecualian dan pemberian diskaun 50 peratus bayaran sewa kepada penyewa tanah Persekutuan dan bangunan Persekutuan.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, pelanjutan inisiatif itu berteraskan matlamat yang digariskan kerajaan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi menyokong kelangsungan perniagaan.

Mengenai inisiatif kepada penyewa tanah Persekutuan, pelanjutan pemberian inisiatif pengecualian bayaran sewaan dan diskaun 50 peratus itu membabitkan bayaran sewaan bagi tempoh empat bulan bermula 1 Sept 2020 hingga 31 Dis 2020 kepada seramai 259 penyewa yang diluluskan sepanjang Mac hingga Ogos tahun lepas.

“Pemberian diskaun 50 peratus bayaran sewa bagi tempoh enam bulan mulai 1 Jan 2021 hingga 30 Jun 2021 kepada semua penyewa,” katanya.

Bernama

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”