Categories: Trending

Kerajaan Lulus Pinjaman Skim Pembiayaan Bernilai RM1.315 Billion – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, kerajaan kini meluluskan sejumlah 6, 973 permohonan melibatkan nilai pinjaman sebanyak RM1.315 billion di bawah pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) setakat 26 Februari lalu.

 

Dan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2 bilion di bawah program itu mengutamakan PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada mana-mana bank sebelum ini.

 

Tambahnya lagi, Pembiayaan Mikro Kredit Penjana berjumlah RM391.9 juta telah disalurkan dan telah dimanfaatkan oleh 11,708 PKS mikro.

“PKS mikro yang mendapat manfaat telah meningkat sebanyak 934” katanya semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-44.

 

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin