Categories: Trending

YDP Agong Buat Adam Corrie Terkejut

Bukan saja terkejut, malah pelakon dan pendakwah, Adam Corrie Lee turut terharu apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebenarnya mengenali Adam sebagai anak seni.

“Hari ini saya dijemput Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM) untuk mendeklamasi puisi sempena sambutan Maal Hijrah yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ketika atas pentas, saya nampak baginda sudah tersenyum melihat saya dan baginda mungkin terfikir bagaimana seorang pelakon ‘gangster’ berada di pentas untuk sambutan Maal Hijrah.

“Maha Suci Allah! Saya benar-benar tidak sangka dapat bergambar bersama dengan baginda tanpa dihalang,” katanya sambil menganggap ia pengalaman manis.

Kata Adam, disebabkan terlalu terkejut, dia hanya menjawab pertanyaan baginda selepas diulang kali kedua.

“Baginda tanya, saya masih berlakon lagi ke? Terkejut punya pasal, saya terdiam dan tidak dapat berkata-kata.

“Baginda ulang soalan lagi sekali dan barulah saya jawab dan baginda ucapkan alhamdulillah,” katanya.

 

Oleh: Azalea Danea

SGMS Putri