#TriviaXTRA By: Atiqah Johari June 12, 2023 @ 9:18pm

#TriviaXTRA: Betul Ke Suka Termenung & Cakap Seorang Diri? Ini 3 Fakta Ramai Tak Tahu Tentang Shaheizy Sam!

Shaheizy Sam Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Shaheizy Sam merupakan seorang pelakon yang memulakan karier seninya sejak zaman remaja lagi.

Untuk pengetahuan, Sam membuat kemunculan sulung menerusi filem Sama Tak Serupa pada tahun 1995 namun namanya mula memuncak menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan filem aksi komedi Adnan Sempit (2010-2014) serta banyak lagi.

Lebih mengagumkan, dalam karier lakonannya ini, dia berjaya merangkul pelbagai anugerah seperti Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 dan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.

Jadi, menerusi #TriviaXTRA minggu ini, Shaheizy Sam berkongsi mengenai perkara yang orang ramai tidak mengetahui tentangnya.

1. Seorang Yang Sangat Serius?

Sering membawa watak komedi dan dilihat sebati dengan personalitinya. Namun, Sam mengakui bahawa dia seorang yang serius terutamanya ketika bekerja.

ā€œYang orang tak tahu sebenarnya Sam seorang yang sangat serius, jarang bercakap bila tak perlu. Kadang-kadang mungkin orang ingat Sam ni sombong tapi sebenarnya itulah diri Samā€

2. Gemar Termenung & Cakap Seorang Diri!

Setiap individu semestinya mempunyai tabiat pelik yang sering dilakukan tanpa sedar atau tidak. Begitu juga dengan Sam!

ā€œSaya selalu termenung, bercakap sorang-sorang. Haaā€¦ itu tabiat Sam sebab saya selalu bekerja dalam kepala. Bila dapat idea dia akan bercakap sendiri pastu baru tersedar ā€˜eh apa aku buat niā€™

Lain orang kan lain gayanya apabila mencari ilham atau idea. Tak gituu?

3. Suka Bergurau Tapiā€¦

Bergurau senda bukan saja dapat menceriakan suasana malah dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Tapiā€¦ macam Sam orang kena berteka-teki dulu šŸ¤£
ā€œSam jarang serius tapi bukan sentiasa akan bergurau. Bila berjumpa dengan orang bukan waktu bekerja saya bergurau dengan orang tapi muka serius selalunya. Kadang orang confused ini bergurau ke betul-betulā€

Alamak! Kalau macam ni memang ramai akan confused Sam tengah bergurau ke tak šŸ˜…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#TriviaXTRA Mon, 19 Jun 2023

#TriviaXTRA: Peminat Tegar Liverpool, Wajib Minum Kopi Sebab Sakit Kepala? Ini 4 Fakta Menarik Tentang Mira Filzah Yang Ramai Tak Tahu!

Untung husband Mira dapat wife yang suka tengok bola šŸ˜ Boleh layan sama-sama šŸ‘

#TriviaXTRA Tue, 11 Jul 2023
#TriviaXTRA Tue, 27 Jun 2023