Euforia Bola 2026
#TriviaXTRA By: Atiqah Johari June 19, 2023 @ 10:32pm

#TriviaXTRA: Peminat Tegar Liverpool, Wajib Minum Kopi Sebab Sakit Kepala? Ini 4 Fakta Menarik Tentang Mira Filzah Yang Ramai Tak Tahu!

Personaliti jelita, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan yang sering menjadi pujaan ramai peminat.

Untuk makluman, Mira memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak umur 17 tahun sebelum beralih ke dunia lakonan.

Nama Mira Filzah mula dikenali dan menjadi tular di media sosial ketika mengenakan pakaian seragam rasmi penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana membawakan sebuah watak dalam sebuah telefilem berjudul Din Sardin pada 2015.

Lebih membanggakan, Mira memperoleh kemenangan menerusi pelbagai kategori seperti Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 dan ke-32.

Jadi, menerusi #TriviaXTRA minggu ini, Mira Filzah berkongsi mengenai perkara yang ramai tidak tahu tentangnya.

1. Alergik Makanan Laut 🦀

Makanan laut sering menjadi favourite orang ramai tapi ramai juga tak boleh makan sebab alahan. Sama jugak dengan Mira!

“Saya tak boleh makan seafood sangat. Kalau makan akan bersin. Boleh makan tapi bukan dalam kuantiti yang banyak”

2. Coffee Lover!

Coffee or Tea? Siapa sini sama macam Mira setiap hari wajib minum kopi sebelum mulakan hari.

“Kalau tak minum coffee sakit kepala. So, at least kena once a day secawan supaya hilangkan sakit kepala tu”

Coffee lover je tahu kalau sehari tak minum kopi mesti rasa lemau je kan! ☕️

3. Bukan Seorang Yang ‘Morning Person’? 😴

Tak semua orang suka bangun pagi tapi terpaksa la kan sebab ada tanggungjawab masing-masing 😂 Macam tu jugak dengan Mira hehe

“Mira bukan seorang yang ‘Morning Person'”

Time weekend je la kan dapat qada tidur puas-puas 🤣

4. Big Fan Liverpool! ⚽️

Suka bola sepak bukan sahaja digemari oleh kaum lelaki tetapi juga digemari oleh kaum wanita! Macam Mira dia fans Liverpool! Korang pulak team mana?

“Saya big fan of Liverpool! Saya suka Mosalah! Mira akan stay up dengan husband untuk tengok game”

Fuh! Sanggup eh Mira stay up… betul-betul fans ni 😍 Steadylah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Nov 2017

THESE 5 OMG FACTS ABOUT OIL RIGS WILL BLOW YOUR MIND AWAY

Seeing as Malaysia is a country known for oil and gas, it is important that we learn more this industry even if we’re not directly involved with it.

Featured Mon, 6 Nov 2023
Trending Fri, 21 Sep 2018

Got mouth ulcers? Try these 5 home remedies proven to relieve those painful sores FAST!

Fact: Mouth Ulcers are more commonly found in women than men!

Replicated Draft Fri, 8 Mar 2024

Sambil Shopping Raya Pun Boleh Jana Pendapatan Sampingan Dengan GM Klang. Bestnya!

Menjelang bulan Ramadhan mesti ramai yang dah merancang nak buat persiapan untuk raya betul tak? Takut nanti dah mula berpuasa tak larat nak beriya sangat shopping kan?. Buat korang yang dah mula tercari-cari tempat untuk […]

Featured Mon, 28 Apr 2025

Sebak! Amyra Rosli Doa Misi Kayuhan Ke Makkah Amar Baharin Dipermudahkan -“Berat Hati Melepaskan, Namun Perjalananmu Menuju Cinta Ilahi’

Amyra mengaku dia bukanlah seorang isteri yang cekal dan emosinya sedikit terganggu saat melepaskan suaminya.

error: Content is protected !!