Categories: Uncategorized

Desakan Doktor, Ifa Raziah Mengaku Pernah Bikin Body!

Demi mendapatkan raut wajah yang sempurna, senyuman yang menawan dan bentuk tubuh menggiurkan, kaedah menjadi pilihan bagi mereka yang obses pada kecantikan adalah dengan melakukan suntikan wajah termasuk  plastik surgeri dan rekonstruksi.

Di Hollywood mahupun Korea, perkara ini bukanlah sesuatu yang taboo dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan selebriti mereka. Malah kebanyakan selebriti Hollywood terbuka membicarakan hal ini kepada umum.

www.instagram.com/ifa_raziah/?hl=en

Berbeza senarionya di negara ini. Meskipun kaedah ini sudah lama bertapak dan dipercayai ramai selebriti tempatan melakukan pengubahsuaian wajah juga tubuh badan melalui teknik suntikan dan pembedahan, namun rata-rata memilih untuk merahsiakannya.

Sebaliknya artis versatil (penyanyi, pengacara dan pelakon), Ifa Raziah, enggan menyembunyikan kebenaran bahawa dia melakukan pembedahan payudara dengan memasukkan implant empat tahun lalu di  hospital Beverly Wilshire Medical Centre, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

 

“Saya membuat pembedahan memasukkan implant ke dalam payudara selepas pakar bedah Plastik dan Rekonstruksi, Datuk Dr. Abdul Jalil Jidon, mencadangkan saya berbuat demikian. Waktu itu saya baru saja melakukan pembedahan untuk membuang ketulan-ketulan yang terdapat di dalam payudara yang jika dibiarkan boleh menjadi punca barah payudara.

“Tujuan memasukkan implant itu adalah untuk mengembalikan bentuk payudara saya dan semestinya untuk kelihatan lebih cantik,” katanya bakal menjalani pembedahan ke-2 pembuangan ketulan di dalam payudaranya dalam masa terdekat ini.

www.instagram.com/ifa_raziah/?hl=en

Tidak menafikan status selebriti mendesak dirinya untuk sentiasa kelihatan cantik, Ifa sebelum ini pernah melakukan pembedahan gigi, suntikan wajah antaranya dibahagian hidung bagaimanapun menyesal dengan perbuatan itu apabila kesan sampingan hasil dari suntikan itu hampir memudaratkan kesihatannya. 

“Rasanya sudah berpuluh ribu duit saya habiskan sebab nak kelihatan cantik punya pasal. Tapi saya sedar satu perkara, cantik saja tidak cukup. Ia tidak boleh membahagiakan kita kalau tubuh badan kita tidak sihat. Kesihatan itu adalah harta paling berharga dan tidak boleh dijual beli,” katanya.

www.instagram.com/ifa_raziah/?hl=en

Yanie Baharom

Share
Published by
Yanie Baharom