Categories: TECHTech News

‘WHATSAPP BUSINESS’ BANTU PENIAGA, PEMBELI

Kriman pesanan melalui aplikasi ‘WhatsApp’ antara yang popular digunakan rakyat Malaysia malah di seluruh dunia sekali pun.

Laporan terbitan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna internet di Malaysia mencatatkan penggunaan aplikasi ‘WhatsApp’ terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita.

Wah! Ternyata ‘WhatsApp’ amat popular dan penting kepada setiap pengguna telefon bimbit kan?

 Terbaharu, aplikasi perpesanan milik Mark Zuckerberg ini telah melancarkan  satu lagi aplikasi khas yang dikenali sebagai ‘WhatsApp Business’.

Dilancarkan di  lima buah Negara kelmarin iaitu di Indonesia, Mexico, Itali, UK dan Amerika Syarikat, aplikasi ini bagaimana pun hanya ditawarkan untuk platform Android terlebih dahulu.

Penawaran untuk negara-negara lain akan dibuat secara berperingkat.

‘WatsApp Business’ dicipta  bertujuan membantu peniaga dan pembeli berinteraksi antara satu sama lain di mana  buat permulaan ia  disasarkan kepada dua kelompok perniagaan iaitu syarikat kecil dan syarikat besar seperti antaranya perbankan, penerbangan dan seumpamanya.

Melalui aplikasi ini pihak syarikat penerbangan contohnya mampu memaklumkan  pengguna dengan pelbagai pemberitahun seperti waktu penerbangan, pengesahan penghantaran barang  serta apa-apa maklumat penting berhubung servisnya.

Selain itu, ‘WhatsApp Business’ menawarkan fungsi pengesahan profil yang lengkap dengan maklumat seperti alamat, emel dan jenis perniagaan supaya pembeli  lebih yakin untuk berhubung dengan peniaga di talian.

Malah jika peniaga sedang sibuk, balasan pantas secara automatik akan dihantar kepada pelanggan.

Menarik kan?  Satu sistem yang memudahkan urusan perniagaan secara e-dagang! 

 

SGMS Fas