Categories: AcaraEat Travel

Tampung Pelajar Tahfiz & Warga Emas, Ustaz Jafri Abu Bakar Jual Susu Kambing

Pendakwah selebriti, Ustaz Jafri Abu Bakar @ Mahmud tampil dengan inisiatif untuk mengusahakan produk susu kambing berperisa, Faa-iz bagi menampung kelangsungan pelajar tahfiz dan warga emas di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah.

Dengan perbelanjaan yang mencecah RM30,000 sebulan, Jafri yang sering dijemput sebagai tetamu program Tanyalah Ustaz TV3 ini menjelaskan yang idea itu adalah usaha pihaknya memandangkan mereka tidak mengenakan sebarang yuran kepada penghuni KIDaF.

“Sebagai Pengerusi KIDaF, saya datang dengan idea ini. Memandangkan kami tiada sumber pendapatan selain sumbangan, kami memerlukan dana yang agak besar sehingga mencecah RM30,000 sebulan. Kadang-kadang, ia bertambah dari semasa ke semasa.

“Besar harapan kami untuk melihat perniagaan sendiri ini maju dan kebergantungan kami terhadap sumbangan semata-mata boleh dikurangkan. Selain boleh membantu untuk menampung perbelanjaan bulanan termasuk keperluan harian penghuni, ia boleh menampung juga gaji kakitangan serta perkara yang melibatkan kebajikan.

“Mereka yang membeli susu kambing ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada pembangunan dan pengurusan KIDaF. Susu ini yang diformulasi menggunakan bahanbahan premium seperti beras perang, ginko biloba, garam bukit serta kurma yang mampu membekalkan tenaga kepada pengguna,” katanya.

Jafri ditemui pada majlis pelancaran produk Susu Kambing Faa-iz berperisa coklat, strawberi dan vanilla baru-baru ini dan majlis terbabit dirasmikan oleh pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias.

Tambah Jafri, mereka yakin dengan perniagaan susu kambing sebagai pilihan terbabit memandangkan ia mempunyai banyak khasiat dan kelebihan.

“Saya sendiri seorang yang sangat sibuk dan kadang-kadang tidak sempat makan. Jadi, susu kambing merupakan alternatif terbaik untuk mengalas perut sebelum menjamah makanan dengan sempurna. Ia boleh didapati dengan hanya RM39.90 menerusi harga ahli.

“Produk susu kambing Faa-iz dihasilkan bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada kesihatan pengguna, tetapi juga sebagai satu ekosistem janaan ekonomi KIDaF malah ia juga merupakan minuman sunah Rasulullah SAW,” katanya.

Padin