Drama By: Afiqah Azizan May 25, 2023 @ 10:25am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bukan Hanya Sekadar Cinta’

Komunikasi merupakan elemen yang amat penting dalam perhubungan. Namun, ia tidak semestinya tertakluk kepada pertuturan kata sahaja. Terdapat pelbagi bentuk komunikasi lain yang juga memainkan peranan penting.

Drama slot Akasia terbaharu yang berjudul ‘Bukan Hanya Sekadar Cinta’ menerokai aspek komunikasi dalam percintaan. Ismail Izzani dan Sofia Dendroff membawa watak utama dalam siri ini.

Jalan cerita siri ini berkisar watak Kamelia yang telah membawa diri ke Terengganu apabila menerima kata putus daripada Ilan Rafzal, tunang Kamelia.

Di negeri Darul Iman itu, Kamelia telah bertemu dengan Isa Rafael, seorang jejaka yang disangkakan bisu dan pekak. Personaliti Isa Rafael diselubungi penuh misteri. Namun, dia masih mampu berinteraksi dengan Kamelia dengan perantara.

Komunikasi mereka berdua adalah menerusi buku nota. Bagi setiap luahan Kamelia, Isa Rafael ‘mendengar’ dengan penuh setia.

Namun, sesuatu insiden telah berlaku yang memaksa Kamelia begegas pulang ke Kuala Lumpur. Dia telah meninggalkan Isa Rafael tanpa sebarang nota.

Sebenarnya, sebuah perkahwinan rahsia telah menanti Kamelia di ibu kota bersama seorang lelaki asing yang bakal menggantikan tempat Ilan Rafzal. Adakah hubungannya dengan Isa Rafael terhenti begitu sahaja?

Cerita Apa? ‘Bukan Hanya Sekadar Cinta’
Hari Apa? Setiap Isnin hingga Jumaat
Jam Berapa? 7 malam
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 19 Apr 2023

Berhibur Dengan Seleksi Rancangan Menarik Raya Ini!

Memang meriah untuk ditonton beramai-ramai!

Drama Mon, 20 Mar 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Melur Untuk Firdaus 2’

Menjaga kebahagiaan rumah tangga bukan senang.

Drama Fri, 24 Mar 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Irama Kita’

Sebuah kisah yang mempesonakan.

Drama Sat, 10 Dec 2022

Jangan Lepas Tanganku Nafas Baru Buat Sufi Rashid Selepas Setahun Menghilang

Penyanyi bersuara merdu, Sufi Rashid kembali menghiai industri muzik dengan mempertaruhkan lagu terbarunya berjudul Jangan Lepas Tanganku. Amar Habir bersama kugiran Faris Fuad dan Jad Lobo adalah komposer yang dipertanggungjawabkan dalam penghasilan lagu unik Sufi

Drama Fri, 20 Jan 2023
Drama Fri, 16 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Chinta Arjuna’

Kisah cinta yang tidak diduga!

Drama Wed, 24 Aug 2022

| Live TV

error: Content is protected !!