Drama By: Afiqah Azizan July 10, 2023 @ 10:30am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’

Berita baik untuk peminat siri jenayah. Siri Tonton Original terbaharu yang berjudul ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’ membawa jalan cerita yang diinspirasikan dari kes jenayah berprofil tinggi yang pernah terjadi di tanah air.

Siri ini berkisar kematian Syerinie yang telah dibunuh dengan kejam. Fatema (dilakonkan oleh Zahirah Macwilson), seorang wartawan Harian Metro, berhasrat untuk membuat liputan bagi kes yang menggegarkan negara ini. Namun, permintaannya tidak diluluskan oleh editornya. Sebaliknya, liputan ini ditugaskan kepada rakan sejawatnya, Rozimi (dilakonkan oleh Aloy Paradoks).

Fatema sememangnya seorang yang panas baran. Maka tidak hairanlah yang dia telah membuat keputusan untuk melanggar arahan dan bekerjasama dengan Rozimi.

Temu bual bersama saksi kejadian telah membawa kepada penemuan butiran yang telah dikaburkan oleh pihak polis. Menurut saksi, dia ada terlihat seorang lelaki yang mungkin adalah pembunuh Syerinie.

Hanya Fatema dan Rozimi yang melaporkan tentang kelibat lelaki misteri ini. Perkara ini memberi kelebihan kepada Harian Metro.

Pada keesokan harinya, suspek utama telah ditahan. Namun, jejaka tersebut bukanlah lelaki yang dilihat oleh saksi kejadian. Maka, soalan yang perlu diselesaikan menerusi 10 episod siri ini adalah: ‘Siapa Lelaki Itu?’

Cerita Apa? ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’
Bila? Saksikan dua episod terbaharu pada setiap hari Khamis
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 16 Jan 2023
Drama Tue, 23 May 2023
Drama Tue, 28 Mar 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Sekali Aku Bahagia’

Sikap buruk manusia membawa derita.

Drama Tue, 21 Apr 2020

Save The Date! Lebih Banyak Rancangan Menarik Disajikan Buat Korang Sempena Ramadan Tahun Ini

Duduk di rumah sambil tengok rancangan menarik sepanjang Ramadan ini!

Drama Thu, 14 Dec 2023
Drama Wed, 17 May 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kampung Mat Saleh’

Kemalangan yang berlaku telah mengubah identiti.

Drama Fri, 15 Dec 2023
Drama Fri, 24 Mar 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Irama Kita’

Sebuah kisah yang mempesonakan.

Drama Wed, 15 Feb 2023