Categories: Eat Travel

Pikat Hati Si Kecil Dengan Mac & Cheese Bebola Daging Dihidang Bersama Kentang! Yummy!

Kanak-kanak memang obses dengan kentang! Bahkan mereka bagaikan tidak jemu menikmatinya setiap hari.

Sebaliknya pula, ibu berasa kembang tekak kerana kerap sangat memasak dan membeli kentang segera. So, bagaimana untuk menjadikan hidangan kentang lebih versatil dan semestinya menyelerakan? Jom belajar cara-cara membuat Mac & Cheese Bebola Daging yang dihidangkan bersama kentang.

Bertambah-tambah suka lah anak anda!

Bahan-bahan:

½ cawan makaroni rebus
½ cawan sos keju
2 sudu besar keju mozzarella
1 sudu kecil serbuk roti
¼ cawan ubi kentang
¼ cawan salad
1 sudu kecil honey mustard

Bahan Bebola Daging:

100g daging cincang
1 telur
Secubit garam
1 sudu kecil tepung jagung

Cara Membuatnya:

1. Dalam periuk, masak makaroni dan sos keju.
2. Kemudian masukkan ke dalam bekas tahan panas.
3. Campurkan serbuk roti dengan keju mozzarella dan taburkan di atas.
4. Bakar dalam ketuhar sehingga keju cair dan bertukar kepada warna perang keemasan.
5. Untuk menyediakan bebola daging, gaulkan kesemua bahan dan bentukkan menjadi bola kecil. Kemudian goreng.
6. Hidangkan bersama kentang goreng dan salad.

Foto: Quorn

Sumber: Her Inspirasi

Yanie Baharom