Hiburan By: SGMS Enal May 29, 2019 @ 4:06pm

‘Saya Mengaji Bukan Nak Menunjuk Tapi…’- Lisa Surihani

Pelakon Lisa Surihani mengakui memiliki alasan tersendiri tidak berkongsi aktiviti mengajinya di media sosial.

Menurut Lisa, bacaannya masih tidak lagi sempurna selain perkara tersebut bertentangan dengan tujuan asalnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.

“Saya mengaji bukan untuk menunjuk sebaliknya untuk mendekatkan diri kepada Allah.

“Kalau saya berkongsi aktiviti tersebut di media sosial ia dah lari daripada tujuan asal saya.

“Lagipun bacaan saya masih tidak sempurna. Namun ada juga sesekali itu saya berkongsi mana-mana ayat Al-Quran yang dibaca kepada pengikut saya.

“Sekurang-kurangnya dengan cara itu saya dapat berkongsi ilmu dengan mereka di media sosial,” katanya.

Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment bersama anak-anak yatim di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk rekod, Lisa mendirikan rumah tangga dengan Yusry Abdul Halim pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Oct 2019

NICO G Pertaruhkan KGB, Tampil Dengan Imej Lebih Ghetto!

Siapa sangka sudah tiga dekad kumpulan NICO bertapak di dalam industri muzik Malaysia.  Walaupun industri hiburan kini jauh berbeza, NICO tampil dengan penjenamaan baharu dengan memperkenalkan diri mereka sebagai NICO G dan mempersembahkan album berjudul […]

Hiburan Tue, 28 Jan 2020
Featured Wed, 9 Aug 2023

Kongsi Video Di Butik, Aedy Ashraf Didakwa Tempah Baju Kahwin? Netizen Luah Rasa Teruja! – “Ukur Lilit Session”

Awhhh, Aedy tempah baju kahwin ke tuuu? 👀 Tak sabarnya min nak tengok Aedy, Amelia naik pelamin! Hiks 🤍😜

Hiburan Sun, 25 Feb 2018

Pelakon India SrideviI Meninggal Dunia

Mendiang menghembuskan nafas terakhirnya di sisi suami, Boney Kapoor dan anak perempuannya Khushi.

Featured Wed, 3 May 2023
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Ibu Mawi Meninggal Dunia

Berita sedih ini dikongsi kepada pengikut mereka menerusi laman Instagram radio Zayan.