Categories: familuvFeatured

10 Kebaikan Membedung Bayi Yang Anda Tidak Tahu

Membedung bayi merupakan perkara yang biasa para ibu lakukan. Tapi, ada juga dalam kalangan anda yang tidak mengambil penting tentang perkara ini. Biasanya, bayi akan dibedung seawal dia dilahirkan sehingga berumur 6 atau 7 bulan. 

Mungkin ada dalam kalangan ibu-ibu yang tidak mahu membedung bayi mereka kerana bimbang bayinya berasa tidak selesa seperti berasa panas, berpeluh dan sebagainya.

Namun, tahukah anda bahawa membedung bayi memberi manfaat dan kebaikan kepada bayi itu sendiri malah ia juga akan memberi kemudahan yang tertentu kepada diri anda. Nak tahu antara kebaikan membedung bayi? Jom kita semak!

Foto: MumDream

1. Membantu bayi tidur lebih lena.

2. Memudahkan bayi anda cepat tidur.

3. Mengelakkan bayi terkejut dan tersentak disebabkan bunyi bising di sekeliling mereka.

4. Membantu untuk meluruskan kaki bayi. Hal ini untuk mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’ atau kengkang.

5. Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sekiranya tidak dipakaikan sarung tangan.

6. Membantu agar bayi berasa lebih selamat dan selesa.

7. Mengelakkan selimut biasa menutup muka bayi yang boleh menghalang bayi unyuk bernafas dan mengakibatkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

8. Bayi merasa hangat seperti di dalam kandungn ibunya.

9. Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kronik atau tidak, bedung dapat membantu meredakan tangisan bayi.

10. Membantu penyusuan susu ibu dengan mudah apabila bayi dibedung.

Memang banyak kebaikan membedung bayi ini kan? Jadi, keraplah membedung anak anda ya! Pada anda yang masih kekok dan masih kurang pandai untuk membedung bayi, jom lihat video cara membedung bayi menggunakan teknik yang betul ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: WOM , PaMa Online

tex_admin