Categories: Trending

Peminat Sukan Hiking, Iesmawadi Temui Ajal Sejurus Tawan Gunung Rinjani

“I DID IT!!”, itu adalah kapsyen foto yang ditulis oleh Siti Nur Iesmawida Ismail, 30 sebaik berjaya menawan puncak Gunung Rinjani sebelum menemui ajal beberapa jam kemudian akibat bencana gempa bumi berlaku di Lombok, Indonesia.

Wanita berusia 30 tahun dari Melaka itu, sempat memuat naik foto kenangan di puncak gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia itu di laman Facebook miliknya. Gempa berukuran 6.4 magnitud itu turut mencederakan enam lagi rakyat Malaysia.

Sementara itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) menyifatkan pemergian Siti Nur Iesmawida  sebagai amat mendukacitkan buat seluruh belia berkemahiran dalam negara.

 

Foto: Mstar

Ketua Penerangannya, Mohammad Rizan Hassan berkata, Siti Nur Iesmawida telah banyak membantu golongan belia yang tercicir dalam bidang akademik bagi memastikan mereka mendapat peluang kedua untuk berjaya.

“Berita kematian Siti Nur Iesmawida ini akan ditangisi dan diratapi oleh mereka yang telah dibantu olehnya sebelum ini.

“Beliau adalah seorang kakitangan yang berdedikasi di Akademi Miraj, Ampang dan seorang daripada Sukarelawan Belia Berkemahrian MBM,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini

 

Foto: Solopos.Com

 

Difahamkan,  kira-kira 30 rakyat Malaysia masih lagi terperangkap di kaki gunung.

Kedutaan Malaysia di Indonesia juga telah mengaktifkan bilik operasi dan rakyat negara ini yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian +62 2152 24947 atau WhatsApp +62 813 8081 atau e-mel mwjakarta@kln.gov.my dan consular@gmail.com.

Sumber: Utusan

 

Yanie Baharom