Trending By: Yanie Baharom July 30, 2018 @ 1:00pm

Peminat Sukan Hiking, Iesmawadi Temui Ajal Sejurus Tawan Gunung Rinjani

“I DID IT!!”, itu adalah kapsyen foto yang ditulis oleh Siti Nur Iesmawida Ismail, 30 sebaik berjaya menawan puncak Gunung Rinjani sebelum menemui ajal beberapa jam kemudian akibat bencana gempa bumi berlaku di Lombok, Indonesia.

Wanita berusia 30 tahun dari Melaka itu, sempat memuat naik foto kenangan di puncak gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia itu di laman Facebook miliknya. Gempa berukuran 6.4 magnitud itu turut mencederakan enam lagi rakyat Malaysia.

Sementara itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) menyifatkan pemergian Siti Nur Iesmawida  sebagai amat mendukacitkan buat seluruh belia berkemahiran dalam negara.

 

Foto: Mstar

Ketua Penerangannya, Mohammad Rizan Hassan berkata, Siti Nur Iesmawida telah banyak membantu golongan belia yang tercicir dalam bidang akademik bagi memastikan mereka mendapat peluang kedua untuk berjaya.

“Berita kematian Siti Nur Iesmawida ini akan ditangisi dan diratapi oleh mereka yang telah dibantu olehnya sebelum ini.

“Beliau adalah seorang kakitangan yang berdedikasi di Akademi Miraj, Ampang dan seorang daripada Sukarelawan Belia Berkemahrian MBM,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini

 

Foto: Solopos.Com

 

Difahamkan,  kira-kira 30 rakyat Malaysia masih lagi terperangkap di kaki gunung.

Kedutaan Malaysia di Indonesia juga telah mengaktifkan bilik operasi dan rakyat negara ini yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian +62 2152 24947 atau WhatsApp +62 813 8081 atau e-mel [email protected] dan [email protected].

Sumber: Utusan

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Dec 2022

Didakwa Pentaksub Anwar Ibrahim, Ini Jawapan Abby Abadi

Setelah lama menyepi dalam industri lakonan, pelakon Abby Abadi telah mencuri perhatian warganet kerana menjadi penyokong tegar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) @abbyabadi112 Pentaksub DSAI? Ohh tidakkk! Sy melihat kebenaran ini seawal 1998 […]

Featured Mon, 23 Oct 2023

Viral Di TikTok, Penyanyi Asal Perjelas Maksud Sebenar Lagu ‘Dawai’

Tiap kali dengar lagu ni memnag goosebump lah min. Siap dengan air mata lagi!🤧

Featured Mon, 13 Apr 2020
Trending Thu, 1 Oct 2020

Semua Negeri Kini Diklasifikasikan Sebagai Zon Kuning

Tingkatkan kawalan kendiri dan patuh SOP

Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Thu, 15 Feb 2024