Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 23, 2023 @ 3:24pm

Viral Di TikTok, Penyanyi Asal Perjelas Maksud Sebenar Lagu ‘Dawai’

“Dawai, yang telah lama ku petik, sumbang dan terus lirih berpekik, doa yang pernah ku ucap.. Surga tak menjawab”.

Itu antara bait lirik lagu Dawai yang kini menjadi perhatian para pendengarnya terutamanya dalam kalangan warganet di platform TikTok.

Sering distrim dan menjadi ‘For You Page’ (FYP) di platform berkenaan, lagu ini dikhabarkan antara yang memberi kesan dan mampu membuatkan peminat berasa ‘goosebump’ setiap kali mendengarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fadhilah Intan (@fadhilahintanp)

 

Terbaru, menerusi sebuah video yang dikongsikan peminat di platform tersebut, pelantun lagu asal Dawai iaitu, Fadhilah Intan menjelaskan, ‘Dawai’ yang dimaksudkan dalam lagu tersebut digambarkan sebagai tali dari alat muzik seperti gitar.

“Dawai dalam lagu ini, kalau di google ia bermaksud, tali yang digunakan untuk memetik gitar. Jadi kalau kamu dengar lirik lagu ini seperti, “Dawai, yang telah lama ku petik, Sumbang dan terus lirih berpekik” –  bermaksud alat muzik yang kita sering bermain.

“Jadi bila kita sering bermain gitar, sudah pastinya kami mahukan bunyinya akan indah dan tidak sumbang. Tapi ternyata di suatu hari, di saat kita sedang bermain gitar, tiba-tiba sahaja bunyi yang keluar itu sumbang.

“Justeru, jika kita gambarkan dalam kehidupan kita yang kita semua jalani, tak  selalu dan smeuanya lancar malah pasti ada masalah yang akan menimpa.

“Jadi lagu ‘Dawai’ itu menceritakan sebuah kehidupan yang tidak mungkin ada yang sempurna, pastinya ada masalah, halangan dan cabarannya. Setiap orang pasti ada masalanya sendiri, jadi tidak boleh disamakan dengan orang lain” katanya.

Mengulas lanjut, pelantun lagu bagi runut bunyi filem Air Mata Di Ujung Sajadah ini berkongsi, Dawai mengisahkan tentang kehidupan sedih seorang wanita yang dikhianati dalam perhubungan selain menyingkap perasaan dilema seorang ibu sepertimana jalan cerita dalam filem popular tersebut.

 

Terdahulu, penyanyi Shila Amzah, Ernie Zakri dan Amsyar Lee merupakan antara selebriti yang pernah membawakan lagu Dawai sebagai lagu ‘cover’ di platform berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 7 May 2018

Kantoi Sejumlah Dadah Sintetik, Pelakon Wanita Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Pelakon popular yang ditahan polis selepas ditemui dalam keadaan khayal berserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 dibebaskan dengan jaminan polis.

Trending Fri, 29 Nov 2019
Trending Thu, 6 May 2021

Status Gagal Kredit, Pemohon Bantuan GKP Diminta Kemaskini Akaun Bank Jika…

Siapa yang ada masalah duit tak masuk-masuk tu bolehlah semak ye!

Hiburan Mon, 17 Sep 2018
Events Sat, 10 Sep 2022

Raih Sambutan Luar Biasa, Dewa 19 Berjaya Pukau 8,000 Peminat Di Malaysia!

Konsert Dewa19 menyihir!❤️‍🔥

Featured Wed, 16 Apr 2025

“Apa Salahnya Kita Potong Usus” – Anim Ezati Tegur Pempengaruh Malu Mengaku Buat Pembedahan Bariatrik

Anim Ezati tampil mengulas mengenai bentuk badan seorang pempengaruh popular yang  kian hangat diperkatakan baru-baru ini susulan isu pembantu rumahnya.

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
error: Content is protected !!