Categories: FeaturedOh Lawa

14 idea warna gincu untuk tampak cantik menawan pada Aidilfitri

Biarpun sambutan Hari Raya tahun ini bakal dirai dalam suasana yang berbeza kerana negara masih dalam tempoh pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, namun tidak menjadi penghalang untuk kita tampil cantik pada pagi Aidilfitri.

Selain pemilihan warna baju untuk dipadankan dengan tudung atau aksesori yang sesuai, pemilihan warna gincu juga penting untuk menyerlahkan lagi bibir si pemakai, sekali gus melengkapkan lagi solekan pada pagi raya.

Seorang jurusolek yang popular di utara tanah air, Azreena Azmi berkongsi di Facebook miliknya variasi warna gincu yang digayakan olehnya. Menerusi hantaran yang dikongsi Azreena, jurusolek kelahiran Pulau Pinang itu turut berkongsi jenama dan kod gincu yang digunakannya.

Hantaran yang dibuat pada 20 Mei itu sudah dikongsi lebih 17,000 pengikut dan rata-rata mereka memuji warna yang diolesnya sangat cantik dan menarik.

Azreena turut berkongsi cara untuk mendapatkan bibir yang mungil iaitu dengan memakai penggaris warna bibir dan melukis garis terkeluar daripada garis asal bibir.

Jurusolek berusia 27 tahun itu turut berkongsi kepada Hijab & Heels mengenai panduan menggunakan Lip Matte untuk mereka yang memiliki bibir kering.

1. Jika memiliki bibir kering dan mengelupas, gunakan pupur bibir terlebih dahulu untuk menghilangkan kulit mati.

2. Cara untuk membuat pupur bibir dengan mudah ialah mencampurkan Vaseline dan gula. Kemudian sapukan pada bibir sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

3. Gunakan pelembap bibir terlebih dahulu untuk memastikan bibir sentiasa lembap sebelum memakai gincu jenis Lip Matte.

Jom lihat foto-foto yang dikongsi Azreena sebagai panduan dan idea untuk anda gayakan warna gincu yang sesuai pada pagi raya nanti.

Semuanya cantik kan? Mana satu pilihan anda?

Kredit gambar: Facebook Azreena Azmi

Ad Ops