Featured By: Ad Ops January 17, 2018 @ 10:49am

7 Makanan Bantu Tingkatkan Nafsu Seks!

Kita selalu dengar tentang ungkapan kehidupan bagaikan roller coaster. Namun, kita tidak sedar keghairahan nafsu seks wanita juga seperti roller coaster, ada turun dan naiknya. Ada waktu cukup membara, tapi ada ketika, ‘selera’ pun tak ada.

Kebiasaannya, faktor hormon menjadi salah satu penyebab perubahan yang berlaku. Jika seseorang wanita itu stress, hormon akan berkurangan dan membuatkan nafsu seks menurun. Selain itu kurang rangsangan, gangguan kepuasan, faktor cemas, trauma, letih serta penggunaan ubat-ubatan juga menjadi faktor yang mempengaruhi keghairahan nafsu seks seseorang wanita.

Berikut merupakan 7 makanan yang mampu membangkitkan selera serta keghairahan seks anda.

1) Tiram

Makanan laut ini cukup terkenal sejak dahulu lagi sebagai makanan pembangkit ghairah seks. Bagi lelaki, kandungan zink tiram yang sangat tinggi mampu meningkatkan produksi testosteron serta jumlah sperma.

2) Avokado

Avokado kaya dengan asid folik yang membantu metabolisme protein sehingga memberikan anda banyak energi untuk ‘beraksi’. Vitamin E yang terkandung di dalam avokado turut membantu tubuh dalam menyatukan hormon-hormon seperti testosteron, estrogen, dan progesteron yang mampu mengalir dalam darah serta merangsang respon seksual seperti klitoris yang mengembang dan mengeluarkan cecair di vagina.

3) Madu

Kandungan karbohidrat yang ada pada madu mampu menghasilkan tenaga serta bahan bakar untuk otot-otot yang akan bekerja keras. Madu juga kaya dengan vitamin B yang mampu membantu metabolisme tubuh sekaligus membolehkan anda ‘beraksi’ lebih hebat tanpa rasa penat.

4) Strawberi

Warna merah strawberi mampu membangkitkan rasa ghairah dan meningkatkan nafsu wanita. Strawberi juga merupakan sumber asid folik, di mana salah satunya jenis vitamin B yang membantu mengurangkan risiko ketika melahirkan anak.

5) Pisang

Pisang mengandungi alkaloid yang bekerja di otak untuk meningkatkan keyakinan diri dan rasa ghairah seksual. Pisang juga merupakan sumber potasium dan vitamin B seperti ‘riboflavin’ yang meningkatkan energi tubuh. Selain itu, ia juga memberikan nutrisi penting untuk kekuatan otot dan sebab itulah jika anda rajin menikmati pisang, tahap ransangan anda akan menjadi sungguh luar biasa!

6) Keju

Keju merupakan salah satu produk olahan susu yang kaya nutrisi seperti kalsium, protein, vitamin, zat besi dan fosfor yang menyimpan pelbagai manfaat untuk kesihatan seperti untuk tulang, gigi, dan jantung. Mereka yang menggemari keju juga dikatakan memiliki frekuensi melakukan hubungan intim lebih kerap dibandingkan dengan mereka yang tidak menyukai makanan ini.  

7) Coklat

Coklat mampu menaikkan nafsu wanita kerana coklat mengandungi agen yang dihasilkan otak ketika ‘jatuh cinta’. Kandungan ‘anandamide’ dalam coklat juga mampu membuat anda berasa ketagih.

Selain makanan, anda juga boleh melakukan senaman untuk menaikkan nafsu seks anda. Bersenam juga mampu mengusir depresi dan stress serta menyegarkan tubuh. Secara automatik dengan fikiran segar, keghairahan nafsu seks pun turut meningkat. Selamat mencuba!

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

Baca artikel penuh di Aplikasi Wanita.

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Jun 2023
Featured Fri, 1 Apr 2022
Featured Thu, 26 Aug 2021

“Saya Pernah Dipanggil Perempuan Jahil & Psiko Oleh Seorang Ustazah”- Nora Ariffin

Sudah menjadi lumrah bergelar seorang anak seni pastinya dihujani dengan pelbagai pujian dan juga cacian. Menerusi laman Instagramnya, penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin berkongsi bahawa dirinya pernah dipanggil dengan gelaran perempuan psiko dan jahil oleh […]

Featured Mon, 20 Feb 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022

Jaga Aurat Isteri, Aeril Zafrel Dipuji Warganet – “Kita Ini Meniaga Jangan Tunjuk Aurat”

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kembali tular di media sosial kerana aksi mereka yang berjaya meraih perhatian netizen. @kakmid8803 Diam seribu bahasa! Kelu terus wawa zainal.. Tapi asben jenis tegur soft je […]

Featured Thu, 25 May 2023

[VIDEO] Shila Amzah Nafi Putus Cinta Bersama Ubai – “Kami Okay, Cuma Saya Saja..”

Segala spekulasi telahpun terlerai. Doakan yang baik baik buat pasangan kekasih, Shila & Ubai ok! ❤️❤️

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Mon, 8 Aug 2022

Dakwa Filem Gadis Jolobu The Movie Karya ‘Infinity Sh*t’, Penerbit Bakal Saman YouTuber

Uishh, paling teruk YouTuber ni rate filem Gadis Jolobu 😣🔥 Apa pendapat korang?